Dalam Islam, Melarang melakukan 20 perkara ketika hubungan seks Suami-isteri
Selamat Pengantin Baru,…
Berhubungan berjimak suami istri harus
dilakukan penuh adab dan ada waktu-waktu yang dibolehkan dan
ada waktu – waktu yang dilarang untuk melakukan hubungan jimak suami istri. Hal
ini disebabkan karena dalam Islam hubungan suami istri adalah ibadah dan
bernilai pahala.
Adapun Hadis Rasululah saw mengenai waktu waktu yang dilarang untuk berjimak iaitu:
Adapun Hadis Rasululah saw mengenai waktu waktu yang dilarang untuk berjimak iaitu:
1. “Wahai Ali..! janganlah engkau berjima’
dengan isterimu pada awal (hari pertama) bulan, pada pertengahannya (sehari) dan
pada akhir (dua hari) di hujung bulan. Maka sesungguhnya penyakit gila, gila
babi dan sopak mudah mengenainya dan anaknya.”
2. “Wahai Ali..! janganlah
berjima’ dengan isterimu selepas zuhor, sesungguhnya jika Allah s.w.t.
mengurniakan kepada kamu berdua anak kerana jima’ pada waktu itu, maka ia akan
bermata juling dan syaitan sangat suka kepada manusia yang bermata
juling.”
3. “Wahai Ali..! janganlah bercakap-cakap semasa jima’, sesungguhnya
jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak dengan jima’ yang
demikian, maka anak itu tidak selamat daripada bisu.”
4. “Wahai Ali..!
janganlah berjima’ dengan perempuanmu dengan syahwat terhadap perempuan lain,
maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kepadamu
berdua anak, anak itu akan menjadi pondan yang bersifat benci dan hina.”
5.
“Wahai Ali..! jika kamu berjunub di tempat tidur, janganlah membaca Al-Quran,
maka sesungguhnya aku bimbang akan turun kepada kamu berdua api (bala) dari
langit yang membakar kamu berdua.”
6. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan
isterimu kecuali ada padamu satu tuala dan pada isterimu satu tuala.”
7.
“Wahai Ali..! janganlah kamu berdua menyapu dengan menggunakan satu tuala, nanti
akan jatuh syahwat keatas syahwat (salah seorang akan kuat syahwatnya daripada
yang lagi satu), maka sesungguhnya yang demikian itu akan mengakibatkan
permusuhan kemudian membawa kamu berdua kepada berpecah dan talak.”
8. “Wahai
Ali..! janganlah berjima’ dengan isterimu pada malam ‘Aidil Fitri (Raya Puasa),
maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak anak
itu seorang yang cacat dan tidak mendapat anak baginya kecuali sudah tua.”
9.
“Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada malam ‘Aidil Adha,
maka sesungguhnya jika kamu berdua berjima’ pada malam tersebut, apabila Allah
s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak aku bimbang ia akan menjadi seorang
yang berjari enam atau empat.”
10. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’
dengan isterimu di bawah cahaya matahari (secara langsung – direct) dan terkena
warna (cahayanya), kecuali kamu mengenakan tutupan (bumbung), jika tidak maka
sesungguhnya kalau Allah mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti anak itu
akan menjadi seorang sentiasa hidup dalam meminta-minta dan faqir sehingga
mati.”
11. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di bawah
pohon kayu yang berbuah, maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu
berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang tukang gojo, tukang sebat atau
seorang ketua yang bengis,”
12. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan
isterimu sewaktu antara azan dan iqomah, jika berjima’ pada waktu demikian,
sesungguhnya jika Allah mengurniakan anak pada kamu berdua, nanti ia menjadi
seorang yang menumpahkan darah.”
13. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’
dengan isterimu semasa ia hamil kecuali kamu berdua berwudhu’, jika tidak maka
sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti ia akan
menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan.”
14. “Wahai Ali..!
janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada pertengahan (Nisfu) Sya’ban, maka
sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua
anak,nanti anak itu akan mempunyai tanda yang jelek pada muka dan
rambutnya.”
15. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada
akhir bulan (yakni tinggal dua hari) maka sesungguhnya yang demikian itu jika
Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak nanti anak tersebut menjadi
seorang yang sentiasa perlu meminta-minta. “
16. “Wahai Ali..! janganlah kamu
berjima’ dengan isterimu dengan syahwat terhadap saudara perempuannya ! (ipar
kamu) kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan
kepada kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi penolong dan pembantu
kepada orang yang zalim dan pada tangannya membuat kebinasaan kepada
manusia.”
17. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di atas
loteng maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan anak
kepada kamu berdua nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang
melewati batas.”
18. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu
pada malam kamu hendak keluar musafir kerana yang demikian itu sesungguhnya
kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, ia akan membelanjakan
harta kepada yang tidak Haq,” dan Rasulullah s.a.w. membaca ayat Al-Quran :
“Innal Mubazziriina kaanu – ikhwan Nas – Syayathin.”
19. “Wahai Ali..!
janganlah kamu berjima’ dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh
tiga hari tiga malam, maka yang demikian itu sesungguhnya bila Allah s.w.t.
mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti ia menjadi seorang pembantu kepada
setiap orang yang zalim.”
20. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan
isterimu pada awal malam, maka sesungguhnya jika dikurniakan anak kepada kamu
berdua, ia menjadi seorang tukang sihir, sunglap, dan menghendaki dunia daripada
akhirat.”
Sumber:
“WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S.”..1* (1*) Al-Ikhtisyaah, ms 132-135, As-Saduq, Al-Faqih ms 456, Al- Ilal ms 174.
“WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S.”..1* (1*) Al-Ikhtisyaah, ms 132-135, As-Saduq, Al-Faqih ms 456, Al- Ilal ms 174.
Read more: 20 Larangan ketika melakukan hubungan seks di dalam Islam@Hidup Anda http://whoamieitismei.blogspot.com/2012/03/20-larangan-ketika-melakukan-hubungan.html#ixzz2ER8r78Xn
Tiada ulasan:
Catat Ulasan